Interview & Promotion

PANDANGAN KREATIF
ARTIST PROFILE / PROFIL ARTIS:
KHALID OTHMAN
ORIGIN / ASAL:
Pahang
AGE / UMUR :
67 years-old / tahun
GENRE / GENRE KARYA :
Landscape
MEDIA:
Water Color

Being inspired by a one in a million visual perspective taken from an angle has been a favourite among Impressionist artist ever since the term was introduced. It is no secret that what entices the Impressionist lovers are the creative route taken by these artist. Different techniques must be applied on canvas to distance themselves from each other and Khalid Othman does just that. As a highly regarded lecturer in a local university, Khalid kick started his career in the 70’s where he began to regard his surrounding as a subject matter.

 

Having migrated to different parts of the Malaysian Peninsular and Brunei, among many others, Khalid sees the human touch, movements and emotion as a form of theaterical performance in its own right. There are magical moments which can be extracted from our interaction with the surrounding that it keeps on changing in different shades of light and time. This is then transformed into a composition made out of thick yet disciplined brush strokes that presumely evokes energy and soul to the painting. This inadvertently seperates Khalid from his artistic contemporaries.

 

Mengambil inspirasi daripada perspektif jarak dekat mahupun jauh adalah antara pendekatan yang paling digemari di kalangan artis aliran Impresionis. Demi menyuntik kelainan pada karya yang dihasilkan, sudut pandang kreatif amatlah dititik beratkan oleh mereka. Teknik dan filsuf seni yang berbeza di atas kanvas mencorakkan identiti tersendiri dan artis visual, Khalid Othman tidak terkecuali. Sebagai seorang pensyarah tempatan di peringkat tertiari, Khalid menceburi bidang ini sekitar era 70-an di mana dirinya mengambil elemen di sekeliling sebagai subjek asas kepada penceritaan seni.

 

Sepanjang perjalanan hidupnya yang merantau dari satu negeri ke negeri yang lain sehinggalah ke Brunei atas dasar profesion, Khalid melihat pergerakan, emosi dan warna kehidupan manusia sebagai satu pencetus inspirasi waima ketika mereka menjalankan rutin harian sekalipun. Bagi Khalid, interaksi yang terjalin di antara diri kita bersama persekitaran adalah suatu proses yang tidak pernah kenal erti henti dan ia bervariasi mengikut tempat dan masa. Elemen ini kemudian diekstrak ke dalam komposisi lukisannya yang rata-rata dipalit dengan sentuhan akrilik tebal dan ‘kasar’ lantas menjadikan karyanya lebih bertenaga dan tampil ‘hidup’. Secara tidak langsung, Khalid menyertakan teknik tersendiri yang membezakan dirinya daripada penggerak seni yang setara dengannya walaupun menggunakan konteks subjek yang serupa. 

RELATED INTERVIEW & PROMOTION

  • Image 1ILHAM FLORA DAN FAUNA
  • Image 1KARYA AGUNG
  • Image 1TRANSFORMASI BATIK
  • Image 1DEFINISI TERBAHARU SENI KALIGRAFI
  • Image 1REFLEKSI FOTOGRAFI

Artist Artwork

Image
POHON-POHON
KHALID OTHMAN
Abstract
Image
PEMBANGGUNAN
KHALID OTHMAN
Narrative Landscape
Image
TAMU
KHALID OTHMAN
Abstract
Image
CERIA KUALA LUMPUR 2
KHALID OTHMAN
Narrative Landscape
Image
CERIA KUALA LUMPUR 1
KHALID OTHMAN
Narrative Landscape

TRACK YOUR ORDER
PAYMENT PARTNERS
DELIVERY SERVICE
CUSTOMER SERVICE
03-5101 7480/81
Monday - Friday : 09:00am - 05:00pm
Email: galleriaimpiana@karangkraf.com
7 DAYS RETURN